mutakhir

Maut diserang ketika tidur

Lahad Datu: Dua beradik yang sedang tidur maut ditetak lelaki yang juga jiran mereka dalam kejadian di rumah kongsi di Ladang Bagahak, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, Azuan Ardi, 11, tertiarap dan berlumuran darah dalam bilik tidur dengan kesan tetakan di leher, manakala kakaknya, Asmidah, 16, yang parah di leher meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Lahad Datu.

Difahamkan ketika kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah kerana bekerja jam 5.30 pagi sebelum kejadian disedari jiran yang melihat kelibat suspek di kediaman itu sambil membawa parang, kira-kira jam 8 pagi.

Bimbang perkara buruk, jiran terbabit memaklumkan kepada ibu mangsa yang bekerja sebagai buruh di ladang berhampiran.

Ibu mangsa yang bergegas pulang mendapati dua beradik itu berlumuran darah, manakala anak lelakinya sudah tidak bernyawa lagi sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Hamzah Ahmad ketika dihubungi berkata, suspek yang juga buruh di ladang berhampiran dipercayai melarikan diri bersama isterinya sejurus kejadian itu.

Disiarkan pada: December 24, 2014 @ 6:57am
d