mutakhir

Guna kaedah 'flying fox'

Jeli: Operasi menyelamat tujuh pendaki profesional yang juga pemandu pelancong berlangsung hampir tujuh jam.

Ketua Operasi Abdul Manaf Jaafar berkata, 50 anggota menyelamat terdiri pasukan STORM Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dibantu Polis Diraja Malaysia terbabit dalam operasi itu.

“Kita berkumpul di Balai Bomba dan Penyelamat Jeli jam 9 pagi dan menaiki enam kenderaan 4x4 sejauh 40 kilometer sebelum meneruskan perjalanan berjalan kaki ke Rumah Pam Sungai Terang.

“Anggota berjumpa dengan semua mangsa jam 2 petang dan ketika tiba, terdengar suara mangsa yang menjerit dari seberang sungai.

“Kita terpaksa menggunakan kaedah ‘flying fox’ untuk membolehkan mangsa menyeberang berikutan arus deras,” katanya.

Beliau berkata, sekitar jam 4 petang, semua mangsa selamat turun dan dibawa terus ke Hospital Jeli untuk mendapatkan rawatan.

Katanya, seorang mangsa cedera di jari kanan ketika ekspedisi.

Disiarkan pada: December 24, 2014 @ 8:03am
d