mutakhir

Buruh dituduh sokong militan

Oleh Hayati Ibrahim

Sepang: Seorang buruh binaan berusia 36 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan militan Negara Islam (IS) dan memberi sokongan dengan menggunakan senjata api sejak Disember tahun lalu.

Muhammad Kasyafullah Kassim yang berasal dari Bandar Baharu, Kedah didakwa memasuki Syria dengan pesawat melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menjadi ahli IS pada 28 Disember 2013 hingga 7 April lalu.

Tertuduh yang masih bujang ditahan di rumahnya di Bandar Baharu, Kedah pada 27 November lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130 J (1)(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 130J kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun, atau denda dan bolehlah dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: December 25, 2014 @ 5:18am
d