mutakhir

'Buat la kandang babi di tempat lain'

Oleh Nur Saliawati Salberi4

Kuala Langat: “Sudah tiada tempat lainkah dia (Menteri Besar) mahu membuat kandang babi, kenapa lokasi yang dipilihnya itu di kawasan kampung yang majoritinya Melayu dan lebih menyedihkan, jika benar ia dibangunkan di kawasan itu, tanah perkuburan Islam akan berjiran dengan kandang babi,” kata penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Mahmud, 47.

Menurut Mahmud, keputusan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang mahu meneruskan projek penternakan kandang babi moden di Ladang Tumbok, Mukim Batu Laut di sini, dilihat tidak wajar apatah lagi dibangunkan di kawasan yang majoritinya penduduk Melayu.

Projek itu juga sudah dibentangkan dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) baru-baru ini oleh Mohamed Azmin.

Mahmud berkata, tiada bezanya kandang babi moden itu dibangunkan atau sebaliknya kerana jika kerajaan negeri serius dalam menangani isu pencemaran yang dialami penduduk kampung sejak puluhan tahun lalu, mengapa tidak menyediakan panduan yang betul kepada penternak babi dalam melupuskan sisa buangan haiwan terbabit.

“Walaupun kedengaran kandang babi yang akan dibina nanti adalah moden tetapi wajarkah ia dibangunkan di tengah kampung yang mana setiap hari penduduk melalui jalan ini untuk ke surau malah kawasan tanah perkuburan Islam juga akan berada di tengah kandang babi terbabit.

“Jijik rasanya kalau setiap hari, saya terpaksa terserempak dengan lori yang membawa babi untuk keluar dari ladang itu serta melalui kawasan rumah penduduk,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: December 28, 2014 @ 5:10am
d