mutakhir

Nasib 6 anak yatim piatu

Chukai: “Kami sekeluarga akan berbincang siapa yang akan menjaga enam anak arwah adik selepas ini,” kata Ngazali Sulong, 58, abang kepada Norhayati, 37, yang lemas bersama suaminya Suhaimi Awang, 37, Rabu lalu.

Menurutnya, mereka adik-beradik akan turut mengambil kira pandangan keluarga adik iparnya yang turut lemas bersama dalam kejadian menyayat hati itu bagi menentukan nasib enam beradik yang kini yatim piatu.

“Apa yang pasti nasib enam anak saudara saya berusia empat bulan hingga 13 tahun ini akan dibela sebaik mungkin terutama dari segi kebajikan dan pendidikan,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kemaman, dekat sini, kelmarin.

Mengimbau kejadian itu, Ngazali berkata, dia pelik apabila adiknya datang ke rumah menempah perabot jati warna putih darinya pada 28 November lalu sedangkan dia tidak pernah meminta yang bukan-bukan sebelum ini.

Menurutnya, arwah Norhayati sebelum ini seorang yang pendiam, namun sejak seminggu sebelum kejadian itu menimpa dia selalu menghantar mesej serta bersama suaminya melalui aplikasi WhatsApp.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: December 28, 2014 @ 5:32am
d