mutakhir

Suka bertangguh

Kota Bharu : Sikap tunggu dan lihat dikenal pasti antara punca ada penduduk terperangkap di dalam rumah selepas air naik mendadak di kawasan penempatan mereka akibat banjir luar biasa yang melanda negeri ini.

Perkara itu diakui Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Azmi Osman yang menganggap sikap itu sebenarnya boleh membahayakan nyawa mereka sekiranya lambat mendapatkan bantuan daripada agensi penyelamat.

Katanya, pegawai dan anggotanya berdepan pelbagai kerenah penduduk terutama mereka yang enggan untuk berpindah walaupun diarahkan berbuat demikian kerana sikap tunggu dan lihat paras air yang melanda rumah atau kampung mereka.

“Jadi apabila air naik mendadak ke dalam rumah baru mereka hubungi bomba dan minta bantuan segera untuk memindahkan ke pusat pemindahan banjir.

“Sekiranya ada penduduk yang menghubungi pasukan penyelamat ketika air sudah naik ke paras boleh membahayakan nyawa mereka, bantuan tidak dapat dilakukan dalam masa terlalu cepat kerana perlu menyelamat mangsa banjir yang membuat panggilan lebih awal untuk berpindah ke pusat pemindahan,” katanya di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: December 28, 2014 @ 5:37am
d