mutakhir

Waspada sindiket penipuan

Kuala Lumpur: Berwaspada susulan muncul individu atau sindiket penipuan yang cuba mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan melalui kutipan derma didakwa mahu diserahkan kepada mangsa banjir.

Susulan itu individu atau pihak yang mahu menghulurkan bantuan kewangan kepada mangsa banjir dinasihatkan menyalurkannya kepada tabung bencana banjir dikendalikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Perkara itu maklumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang melahirkan kebimbangan ekoran terdapat pihak tidak bertanggungjawab mewujudkan tabung bantuan banjir yang diragui

Menurutnya, orang ramai perlu berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan pihak yang mendakwa kononnya daripada badan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana komuniti berikutan ia dibimbangi satu penipuan.

“Individu yang berniat mahu memberi sumbangan kewangan boleh berhubung terus dengan MKN bagi mendapatkan nombor akaun dan tidak sewenangnya percaya dengan pihak yang cuba mengambil kesempatan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) berharap biarlah sumbangan dilakukan melalui satu saluran sahaja iaitu MKN kerana ia diyakini,” katanya di Bukit Aman semalam.

Disiarkan pada: December 31, 2014 @ 6:33am
d