mutakhir

Maklumat laman sosial buat penduduk panik

Kota Bharu: “Dulu banjir teruk pun orang tak panik macam sekarang sebab dulu tak ada laman sosial dan aplikasi WhatsApp.

“Tapi kini keadaan berubah apabila orang yang tidak bertanggungjawab suka sebar maklumat tak sahih, sekali gus membangkitkan kegusaran orang ramai,” kata pemandu teksi Abdul Rashid Mamat, 60, ketika ditemui di sini, semalam.

Abdul Rashid dari Kampung Pulau Panjang, Pengkalan Chepa berkata demikian ketika menceritakan pengalamannya berdepan banjir besar pada 1967 dan minggu lalu.

Menurutnya, banjir biasa dialami masyarakat pantai timur, namun disebabkan pencabulan alam sekitar, bah menjadi parah.

Katanya, keadaan bertambah buruk apabila orang luar menyebar maklumat tidak benar mengenai situasi banjir di Kelantan hingga mengakibatkan masyarakat ketakutan.

“Kita tahu Kuala Krai dan Gua Musang terjejas teruk, tetapi pihak luar buat cerita palsu,” katanya.

Disiarkan pada: January 1, 2015 @ 7:45am
d