mutakhir

Rebah dihayun parang

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Gombak: Dua penjenayah bertindak ganas menetak seorang pekerja kilang hingga cedera parah ketika cuba merampas dompet duit milik mangsa.

Dalam kejadian jam 2 pagi kelmarin, mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan menunggu abangnya di hadapan sebuah pasar raya di Sungai Dua di sini.

Sumber polis berkata, dua lelaki menaiki motosikal tiba-tiba muncul sebelum seorang daripada mereka menarik suspek dan cuba merampas dompet milik mangsa.

“Bagaimanapun mangsa cuba melawan dan bergelut. Sementara itu seorang lagi rakan penjenayah mengeluarkan parang dan menyerang mangsa.

“Ekoran kejadian itu mangsa yang tidak sempat mengelak terkena tetakan di bahu kirinya dan rebah tidak sedarkan diri,” katanya.

Sumber berkata, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM3,000 termasuk telefon bimbit dan wang tunai RM300 miliknya berserta seutas rantai emas.

“Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan sudah menjalani pembedahan ekoran ditetak suspek,” kata sumber.

Difahamkan kedua-dua suspek berusia 20-an dan semasa kejadian kedua-dua lelaki itu memakai topi keledar tutup penuh muka.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Disiarkan pada: January 1, 2015 @ 8:35am
d