mutakhir

Beri rawatan elak gejala serius

Kota Bharu: Bencana banjir sejak dua minggu lalu menyebabkan 660 mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa jajahan di Kelantan mengalami trauma dan gangguan emosi.

Mereka perlu diberi rawatan segera bagi mengelak gejala lebih serius dan pasukan Bantuan Kecemasan Psikologikal (PFA) Kelantan seliaan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, dipertanggungjawabkan untuk membantu semua mangsa.

Pasukan itu yang mula bergerak sejak 21 Disember lalu sudah menemui mangsa di jajahan Tumpat, Pasir Mas, Kuala Krai serta Tanah Merah dan semalam ke Gua Musang.

Selain mereka, 119 pegawai perubatan dan kakitangan sokongan yang berkhidmat di Hospital Kuala Krai (HKK) dan Hospital Tanah Merah (HTM) turut menjalani sesi pemulihan selepas dikesan berada dalam tekanan dan gangguan emosi.

Menurut Penyelaras Klinikal PFA Dr Norazam Harun, 23 pakar, pegawai perubatan, kaunselor dan penolong pegawai perubatan selain pegawai sosial terbabit dalam misi berkenaan dengan 13 adalah kakitangan HRPZ II.

“Kami turut dibantu rakan lain iaitu Hospital Kuala Lumpur (lima) dan masing-masing seorang dari Klinik Kesihatan Botani Klang, Selangor; Hospital Kuala Pilah dan Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan serta Hospital Rehabilitasi Cheras di ibu negara.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 3, 2015 @ 5:23am
d