mutakhir

GST bantu mangsa

Kuala Krai: Kerajaan akan memanfaatkan sebahagian kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi memulihkan semua negeri yang terjejas akibat banjir.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, pihaknya menjangkakan perolehan kira-kira RM30 bilion dari GST akan dapat membantu memulih dan menaikkan kembali kawasan berkenaan.

“Ada hikmah juga pelaksanaan GST ini kerana dijangka memperoleh RM23 bilion dan mungkin lebih kerana 300,000 syarikat yang mendaftar, lebih banyak berbanding kita jangkakan sebelum ini.

“Untuk itu sebahagian daripada kutipan berkenan akan kita gunakan untuk pemulihan banjir di lima negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor.

“Banjir kali ini yang lebih teruk memerlukan berbilion ringgit untuk pemulihan,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil di sini, semalam.

Disiarkan pada: January 4, 2015 @ 6:28am
d