mutakhir

Amaran hujan lebat

Kuala Lumpur: Penduduk di kawasan berisiko banjir diminta berwaspada berikutan amaran hujan lebat mungkin melanda beberapa lokasi kerana episod hujan angin monsun yang dijangka berlaku Rabu dan Khamis ini.

Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) Datuk Che Gayah Ismail berkata angin Monsun Timur Laut itu berkemungkinan membawa taburan hujan berterusan selama dua hingga tiga hari di negeri seperti Johor, Sabah dan Sarawak.

“Kawasan rendah terutamanya berisiko banjir kerana angin monsun dikesan dari China bakal membawa hujan lebat untuk beberapa hari.

“Namun, kejadian luruan monsun ini hanya dapat dipastikan dua atau tiga hari sebelum tarikh itu,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menempatkan pegawai meteorologi di Majlis Keselamatan Negara untuk memberi perkembangan terkini berhubung fenomena cuaca termasuk episod hujan monsun yang mungkin berlaku.

Disiarkan pada: January 5, 2015 @ 6:53am
d