mutakhir

Kongsi gelap 14K tak wujud

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Tiada kumpulan kongsi gelap 14K di Malaysia. Perkara itu ditegaskan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ekoran timbul dakwaan kumpulan kongsi gelap antarabangsa berasal dari Hong Kong yang dikatakan mempunyai rangkaian di Malaysia.

Menurutnya, kumpulan kongsi gelap berkenaan yang sinonim jenayah pengedaran dadah tidak menjadikan Malaysia sebagai sasaran menjalankan operasi mereka disebabkan Malaysia mempunyai undang-undang yang sangat tegas berkaitan dadah.

“Saya tidak menafikan ada rakyat Malaysia yang menjadi ahli kumpulan 14K, tetapi ia tidak wujud di Malaysia.

“Mereka (kumpulan 14k) tidak memilih Malaysia kerana kita ada undang-undang yang sangat ketat berkaitan pengedaran dadah,” katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini, selepas menyampaikan taklimat sempena seminar integriti kepada ketua polis balai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 6, 2015 @ 6:18am
d