mutakhir

Suspek ganas rempuh polis

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang amat dikehendaki polis berhubung beberapa kes jenayah bertindak ganas apabila mencederakan dua anggota polis ketika suspek cuba meloloskan diri daripada ditahan di hadapan sebuah hotel di Jalan Alor, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang melakukan intipan ke atas lelaki berusia 26 tahun itu selama dua jam di hadapan sebuah hotel sebelum suspek masuk ke dalam sebuah kereta model Perodua Kelisa untuk beredar.

Namun, belum sempat lelaki terbabit menghidupkan enjin keretanya, suspek segera didatangi beberapa pegawai dan anggota polis yang cuba menahannya untuk pemeriksaan.

Menurut sumber polis, ketika cuba ditahan suspek secara tiba-tiba bertindak agresif dengan mengacukan pisau kepada seorang anggota polis selain turut menghamburkan kata-kata kesat ke atas anggota terbabit.

“Berlaku pergelutan di antara suspek dan anggota polis terbabit yang mana anggota berkenaan cedera di pergelangan tangan akibat diserang pisau suspek.

“Suspek kemudian masuk ke dalam keretanya dan cuba merempuh beberapa anggota polis lain dengan mengundurkan kenderaannya ke belakang,” kata sumber polis.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 6, 2015 @ 6:20am
d