mutakhir

'Saya tak rasa keterlaluan'

Kuala Lumpur: “Saya tak rasa ia perbuatan yang ‘over’ (keterlaluan) pun. Saya tak pegang atau raba pun Hisyam dan dia pun tak buat begitu pada saya. Kami hanya menari ala-ala ballet mengikut konsep persembahan,” kata penyanyi Ifa Raziah mengenai aksi mesranya dengan pelakon Hisyam Hamid pada pertandingan akhir Gegar Vaganza kelmarin yang dikecam teruk sebahagian besar penonton.

Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 40, berkata, masyarakat perlu berfikiran lebih terbuka dan tidak bersikap prejudis kerana persembahan itu dilakukan atas nama seni semata-mata.

“Sebagai manusia kita kenalah buka minda dan berfikiran positif sikit. Ia sebahagian seni persembahan saja. Kalau kita fikir negatif dan kotor maka negatiflah jadinya. Bukan saya saja buat begitu (tatapan umum), dalam mana-mana drama dan filem (tempatan) pun banyak aksi begitu.

“Saya dan Hisyam buat aksi itu sebagaimana kami berlatih. Masalahnya tempoh latihan antara saya dan Hisyam pun terhad sebenarnya. Hisyam tak datang awal pada sebelah siang agar kami dapat berlatih. Kalau dapat berlatih dari siang dapatlah saya perbaiki mana-mana aksi kami yang kurang sesuai atau tak sedap dipandang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 6, 2015 @ 6:26am
d