mutakhir

Tony mengaku tiada izin

Jakarta: Menteri Pengangkutan Indonesia, Ignasius Jonan mengesahkan sudah bertemu dengan Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandez berhubung penerbangan AirAsia QZ8501 yang tidak meminta keizinan untuk terbang.

“Tony Fernandez mengaku salah kepada saya kerana tiada izin laluan,” ujar Jonan di Pejabat Kementerian Pengangkutan di Jakarta.

Beliau berkata, sebaik mengakui adanya kesalahan, Tony masih berharap AirAsia terus dibenarkan membuat penerbangan dari Surabaya ke Singapura.

Pihaknya akan membuat permohonan berhubung laluan itu sebaik siasatan nahas AirAsia QZ 8501 selesai.

Sementara itu, Jonan berkata, pembekuan operasi penerbangan laluan AirAsia antara Surabaya-Singapura masih diteruskan.

Sebelum ini Kementerian Pengangkutan membekukan sementara laluan AirAsia Surabaya-Singapura susulan siasatan mendapati penerbangan 28 Disember 2014 tidak mengikut prosedur.

Disiarkan pada: January 7, 2015 @ 7:25am
d