mutakhir

4 pegawai ditukar

Jakarta: Empat kakitangan Pejabat Kawalan Trafik udara (ATC) Juanda, Surabaya ditukar jabatan serta-merta berikutan perlanggaran jadual operasi laluan penerbangan Surabaya-Singapura oleh AirAsia Indonesia sebelum ini.

Memetik laporan Detiknews, keputusan itu dibuat susulan Kementerian Pengangkutan Indonesia (KEMENHUB) pada Sabtu, membekukan laluan Surabaya-Singapura bagi semua penerbangan pesawat syarikat itu berikutan tragedi pesawat QZ8501 di Laut Jawa, Ahad lalu.

“Antara yang kami tukar termasuk Pengurus Besar AirNav Indonesia Juanda, pengurus kanan, dan pengurus. Empat orang ini orang yang bertanggungjawab dan tidak meminta kebenaran,” kata Pengarah Keselamatan dan Standard AirNav Indonesia, Wisnu Darjono, semalam.

Katanya, penerbangan AirAsia Indonesia dibenarkan terbang pada Isnin, Rabu, Jumaat, dan Ahad atau 1, 3, 5 dan 7.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 7, 2015 @ 7:26am
d