mutakhir

Guru, ibu bapa sepakat

Kota Bharu: Sesi persekolahan 2015 yang sepatutnya bermula Ahad lalu ditangguhkan sehingga 11 dan 12 Januari ini berikutan bencana banjir melanda di beberapa buah negeri termasuk Kelantan.

Berikutan itu tempoh yang diberikan Kementerian Pendidikan KPM) digunakan sebaiknya oleh guru, ibu bapa, pelajar dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk bekerjasama membersihkan kawasan sekolah yang dilitupi lumpur akibat bencana banjir, minggu lalu.

Sebanyak 40 sekolah terjejas teruk akibat banjir membabitkan kawasan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tumpat, PPD Pasir Mas, PPD Tanah Merah, PPD Kuala Krai, PPD Gua Musang dan PPD Kota Bharu.

Harian Metro berkesempatan membuat tinjauan operasi pembersihan membabitkan guru, ibu bapa dan pelajar di dua sekolah di daerah Kota Bharu iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Penambang dan SK Wakaf Stan yang terjejas akibat bencana banjir, kelmarin.

Setibanya kami di SK Penambang, suasana dilihat meriah apabila guru, ibu bapa, murid dan NGO bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah yang sebelum ini ditenggelami banjir.

Guru Besar Faridah Che Long, 58, berkata, aktiviti gotong-royong itu dijalankan sejak 31 Disember lalu dengan kerjasama pelbagai pihak membersihkan kawasan sekolah dipenuhi lumpur.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 7, 2015 @ 7:37am
d