mutakhir

Singgah sejenak di pasar pagi

Hulu Selangor: Perjalanan Geng Rovers Harian Metro (GRHM) diteruskan di sekitar pekan Batang Kali, semalam dan peluang bertemu dengan penduduk di sebuah pasar pagi di kawasan itu membawa kepada penjualan lebih 100 naskhah akhbar Harian Metro (HM).

GRHM kemudiannya beralih ke lokasi kedua iaitu di beberapa gerai makanan di sekitar pekan itu dan di situ mereka menemui seorang pembaca setia akhbar HM yang memuji perubahan diketengahkan oleh HM seperti menyediakan informasi dan isu lebih padat untuk pembaca.

Menggunakan kenderaan Nissan Almera yang dibawakan Edaran Tan Chong Motor, GRHM bertemu pembaca setia HM di lokasi seterusnya iaitu Stesen KTM Serendah pada jam 11.30 pagi sebelum meneruskan kembara di sekitar Bukit Sentosa dan pekan Bukit Beruntung.

Di Bukit Sentosa, GRHM memilih lokasi berhampiran sebuah restoran dan rata-rata orang ramai yang berada di kawasan itu begitu teruja untuk memenangi hadiah daripada GRHM seperti topi, buku nota, kemeja-T dengan menjawab soalan dengan tepat yang diberikan oleh GRHM.

Pada jam 3 petang pula, GRHM tiba di lokasi terakhir iaitu berhampiran sebuah restoran India Muslim di pekan Bukit Beruntong dan orang awam berpusu-pusu datang untuk menyertai sesi soal jawab dengan GRHM serta beberapa aktiviti lain seperti permainan ping pong terapung.

Disiarkan pada: January 8, 2015 @ 6:54am
d