mutakhir

'Kasihan budak tu'

Kuala Lumpur: “Saya memang tahu mereka rapat dan kerap bekerja bersama. Tapi Oja sudah saya anggap macam adik sendiri, takkanlah dia nak buat benda tak elok di belakang saya. Rasanya isu ini tak betul sama sekali.”

Demikian kenyataan pelakon drama popular Zamarul Hisham Mohamed, 44, berhubung dakwaan terbaru mengatakan kononnya perkahwinannya dengan pelakon dan penyanyi Adiana Abdul Rafar atau Diana, 32, kini berantakan gara-gara orang ketiga iaitu penyanyi lelaki era 90-an, Oja.

“Saya memang tahu Diana dan Oja memang berkawan baik sejak dulu lagi. Iyalah sebab Oja pun sudah lama dalam bidang ini dan mereka berdua banyak buat projek bersama.

“Malah, saya pun ada terbabit dan dimaklumkan setiap kerja yang mereka lakukan bersama. Pendek kata, apa juga gerak-geri atau aktiviti, mereka beritahu saya dulu,” katanya.

Dakwaan itu disampaikan sumber terdekat keluarga penyanyi lelaki itu yang memaklumkan Zamarul dikatakan berang dan mengamuk apabila mendapat tahu mengenai ‘hubungan’ yang mencurigakan berlaku antara isterinya dengan Oja.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 8, 2015 @ 7:15am
d