mutakhir

Bingung air tak surut-surut

Pekan: “Kami melalui dua situasi memeritkan apabila rumah ditenggelami air sebelum berdepan pula ‘banjir termenung’ yang mungkin memakan masa sekurang-kurangnya dua minggu lagi untuk surut,” kata mangsa banjir, Zaemah Zainur, 62, dari Kampung Ubai Baru, di sini.

Zaemah berkata, walaupun cuaca panas sepanjang hari, namun dia bersama 1,000 mangsa banjir lain tidak mampu melakukan kerja pembersihan berikutan kawasan rumah mereka masih ditenggelami air.

Katanya, fenomena itu yang digelar banjir termenung cukup memeritkan penduduk kampung terbabit apabila banjir seolah-olah tidak menunjukkan tanda untuk surut.

“Kami melalui situasi banjir cukup memeritkan apabila kawasan kampung cepat ditenggelami air, namun lewat pula untuk surut menyebabkan penduduk hanya mampu menunggu dan melihat keadaan itu berlarutan.

“Banjir di tempat lain berbeza, cepat naik dan cepat pula surut sekali gus memudahkan mereka melakukan kerja pembersihan dan membuang barangan rosak,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 8, 2015 @ 7:22am
d