mutakhir

'Tiada keluhan demimu sayang'

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Amran Yahya

Jelebu : “Sedikitpun saya tidak rasa beban kerana perlu menjaganya sejak kecil hingga sekarang,” kata Mohd Jamal Husin yang menjaga anaknya, Abdul Halim yang terlantar koma sejak 13 tahun lalu di rumahnya di Peradong, Kuala Klawang, di sini.

Mohd Jamal, 74, dan isteri, Zilan Mat Ludin, 63, tidak pernah mengeluh sebaliknya tabah menjaga anaknya yang terlantar koma sehingga kini akibat nahas jalan raya pada 2001.

Menurutnya, anak sulung daripada dua beradik itu disifatkan taat pada ibu bapa dan agama selain menjaga adab serta tutur kata.

“Ujian Allah semuanya sudah tertulis. Saya reda dengan ketentuan Allah dan ini adalah bahagiannya (takdir),” katanya.

Dia berkata, kejadian bermula pada 23 Disember 2001 ketika Abdul Halim, 34, menunggang motosikal dalam perjalanan ke rumah bapa saudaranya di Putrajaya.

“Abdul Halim dikatakan keluar rumah jam 11 pagi selepas berjanji pergi memancing bersama bapa saudara di Klang, Selangor, namun dilanggar lari menyebabkan dia parah di kepala.

“Kejadian itu hanya disedari pengguna jalan raya jam 6 petang sebelum menghubungi ambulans,” katanya.

Menurutnya, dia dihubungi Hospital Putrajaya jam 7 petang memberitahu anaknya kritikal sebelum dipindahkan ke Hospital Klang untuk rawatan pakar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 8, 2015 @ 7:35am
d