mutakhir

HM ikut selera pembaca

Dengkil: “Laporan berita yang menarik dan padat menyebabkan saya suka baca Harian Metro. Kandungannya bertepatan dan mengikut selera pembaca di samping banyak berita masyarakat,” kata penjawat awam, Zaid Abdullilah, 32, yang ditemui Geng Rovers Harian Metro (GRHM) dalam lawatan ke bandar ini, semalam.

Menurutnya, kedatangannya ke bandar ini tidak sia-sia kerana dapat berjumpa dengan pasukan GRHM dan beramah mesra dan menyertai aktiviti yan dianjurkan.

“Tidak sia-sia saya datang jauh ke Dengkil untuk berjumpa dan beramah mesra dengan GRHM.

“Saya berharap GRHM dapat mengunjungi lagi kawasan ini kerana penduduk bukan saja dapat berkongsi maklumat, malah dapat menambah kenalan baru,” katanya.

GRHM terus menemui orang ramai di sekitar daerah ini dalam usaha mempromosi dan berkomunikasi secara bersemuka dengan pembaca setia.

Dalam kunjungan di lokasi pertama, pagi semalam iaitu di Pasar Awam Dengkil sebanyak 60 naskhah Harian Metro (HM) berjaya dijual dalam tempoh 30 minit.

Di lokasi kedua iaitu di Medan Selera Dengkil, GRHM disambut meriah oleh pengunjung gerai hingga semua 120 naskhah HM yang dibawa habis terjual.

GRHM kemudian mengunjungi CIMB Taman Nilam, pekarangan Stadium Kajang dan Taman Prima Saujana bagi mengedarkan pelbagai cenderamata menarik daripada HM di samping pelbagai aktiviti kuiz.

Disiarkan pada: January 9, 2015 @ 6:51am
d