mutakhir

Kejutan bangun solat Tahajud

Oleh Safuri Kamarudin

Baling: Seorang wanita warga emas trauma apabila berdepan pengalaman menakutkan bersama anak lelakinya selepas empat penjenayah memecah masuk rumahnya sebelum lehernya diacu pisau dalam kejadian samun di Kampung Mengkuang Hujung, Kuala Pegang, di sini, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi ketika mangsa Zainab Ismail, 72, bangun daripada tidur untuk membuang air kecil sebelum mahu mengambil wuduk bagi menunaikan solat Tahajud manakala anaknya Mohd Najib Abdul Ghani, 35, tidur di bilik lain.

Zainab berkata, dia keluar dari bilik air untuk melihat jam sebelum berpatah bagi mengambil air sembahyang, tetapi terkejut disergah empat penjenayah dan mereka menutup mulut lalu mengikat tangannya menggunakan tali manakala kakinya diikat dengan tali pinggang.

Menurutnya, penjenayah terbabit mengarahkannya tidak melawan atau menjerit sambil mengugutnya dengan meletakkan pisau di leher menyebabkannya ketakutan.

“Penjenayah mengugut mencederakan saya sebelum meragut rantai leher menyebabkan saya jatuh tersembam di atas lantai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 9, 2015 @ 7:06am
d