mutakhir

Bertarung nyawa dalam gelap

Oleh Rosman Shamsudin

Slim River: Seorang pemandu lori yang membawa muatan kepingan asbestos nyaris maut apabila kenderaan dipandunya hilang kawalan lalu merempuh bahagian kiri penghadang Jambatan Sungai Slim dan terhumban ke dalam sungai di kilometer 105 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur berdekatan Kampung Balun, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa, Lo Yap Hong, 64, dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Ipoh bagi menghantar barang itu berjaya keluar menyelamatkan diri melalui tingkap selepas kenderaan berkenaan jatuh ke sungai kiri-kira tiga meter ketinggian daripada jambatan itu.

Menurut sumber tindakan pantas seorang penoreh getah yang kebetulan dalam perjalanan menoreh getah di kawasan kebun berhampiran menyelamatkan mangsa dengan menggunakan tali yang dicampakkan dari tebing sungai berjaya menyelamatkan mangsa.

Katanya, dalam keadaan yang gelap mangsa berjaya naik ke tebing dan bernasib baik tidak dihanyutkan arus sungai yang agak deras.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 9, 2015 @ 7:14am
d