mutakhir

Dah tukar 'bisnes' pula

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Fadly Samsudin

Kuala Lumpur: Beberapa premis sindiket perjudian haram yang dianggap sudah ‘berkubur’ selepas digempur polis sebaliknya dikesan diubah suai menjadi pusat pelacur warga asing.

Ahli sindiket itu dikesan menukar cabang perniagaan haram itu berikutan menyedari pihak polis masih memerangi premis perjudian serta merampas mesin judi digunakan.

Tinjauan wartawan mendapati beberapa premis judi yang digempur dan dimusnahkan polis sebelum ini sebaliknya kembali beroperasi sebagai ‘sarang’ pelacuran.

Antara premis yang didapati diubah suai menjadi pusat pelacuran adalah di sekitar kawasan Brickfields di sini, yang didapati kembali ‘hidup’ walaupun pernah diserbu polis.

Difahamkan premis perjudian haram itu pernah dimusnahkan apabila dinding kayu lapis dan pintu hadapan premis dipecahkan bagi mengelakkan sindiket itu beroperasi semula.

Bagaimanapun, ahli sindiket itu didapati seolah-olah tidak putus asa apabila menggunakan khidmat kontraktor untuk mengubah suai premis menjadi beberapa bilik kecil.

Setiap bilik itu yang dilengkapi paip dan katil kemudian dijadikan tempat bermadu kasih antara pelacur dan pelanggan yang mengunjungi pusat maksiat itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 9, 2015 @ 7:54am
d