mutakhir

Strategi baru PDRM

Oleh Mohd Hasbi Sidek

Kapar: Strategi pencegahan jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini berubah kepada memberi pendidikan dan kesedaran kepada penduduk berbanding dulu yang memberi fokus terhadap tindak balas jenayah.

Pegawai Kanan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Selangor Superintendan Zulkipli Daut berkata, falsafah pencegahan jenayah adalah berbeza dengan pengawalan jenayah.

“Selari dengan perubahan zaman, PDRM kini memberi tumpuan dengan memberi pendidikan dan kesedaran kepada penduduk agar peka kepada persekitaran bagi menghapuskan peluang daripada berlakunya jenayah.

“Jika dulu PDRM menggunakan kaedah tradisional yang memberi fokus kepada tindak balas jenayah sebelum mengambil tindakan seperti menangkap penjenayah, namun kini perlu diubah bagi memastikan aktiviti jenayah dapat dikekang,” katanya ketika berucap dalam Program Kempen Pencegahan Jenayah anjuran bersama Persatuan Penduduk Taman Mutiara, Bukit Raja, di Dewan Flat Mutiara, di sini, semalam.

Menurut Zulkipli, pencegahan jenayah bukan hanya diletakkan di bahu serta tanggungjawab PDRM, malah ibu bapa, persatuan penduduk dan agensi keselamatan turut memainkan peranan masing-masing.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 12, 2015 @ 7:33am
d