mutakhir

4 bot, tujuh enjin lesap

Oleh Togi Marzuki

Pontian: Tujuh nelayan kerugian lebih RM80, 000 selepas empat bot dan tujuh enjin serta kelengkapan menangkap ikan yang diletak di Jeti Nelayan Penerok, di sini, dilarikan pencuri, kelmarin.

Kehilangan hanya disedari nelayan terbabit jam 12.15 tengah malam sekembali dari menghadiri gotong-royong majlis perkahwinan seorang nelayan yang terletak hanya 300 meter dari jeti berkenaan.

Pengerusi Persatuan Nelayan Penerok Mohd Tahir Abdullah berkata, kebiasaannya terdapat empat hingga lima nelayan bergilir-gilir menjaga keselamatan bot di jeti berkenaan setiap malam.

Katanya, bagaimanapun, selepas menunaikan solat Isyak berjemaah di surau berdekatan, beliau dan beberapa nelayan ke rumah penduduk yang terletak berdekatan untuk menyertai gotong-royong majlis perkahwinan.

“Selesai majlis, kami kembali ke jeti dan terkejut apabila mendapati empat bot dan tujuh enjin serta kelengkapan menangkap ikan lesap.

“Selain melakukan kawalan, nelayan turut mengikat bot masing-masing pada tiang konkrit dengan rantai besi kerana bimbang menjadi sasaran berikutan kerap berlaku kecurian di jeti ini,” katanya ketika ditemui, semalam.

Mohd Tahir berkata, berdasarkan kesan pada rantai besi yang dipotong itu, pihaknya yakin pencuri menggunakan peralatan khas untuk berbuat demikian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 12, 2015 @ 7:37am
d