mutakhir

Bebas atau hukum mati?

Oleh Murni Wan Omar

Kuala Lumpur: Hari ini dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar akan mengetahui nasib mereka sama ada kekal dibebaskan atau disabitkan dengan hukuman mati atas dakwaan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu sembilan tahun lalu.

Ini adalah peringkat rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan oleh pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini melepaskan dan membebaskan mereka berdua daripada pertuduhan.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria akan memberikan keputusan mereka kepada rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini melepaskan kedua-dua tertuduh.

Selain Hakim Arifin, panel lain yang turut bersidang adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

Pihak pendakwaan pula diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah, manakala peguam bela, Kuldeep Kumar dan Datuk Hazman Ahmad mewakili responden pertama iaitu Azilah dan Kamarul Hisham Kamaruddin mewakili respoden kedua iaitu Sirul Azhar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 13, 2015 @ 6:46am
d