mutakhir

'Dah tutup buku cerita'

Kuala Lumpur: “Maaf. Saya dah tutup buku cerita itu. Saya tak nak komen lagi,” jawab penyanyi Alyah ketika diminta bercerita lanjut mengenai kekeliruan yang tercetus susulan tindakannya mendakwa suaminya, konduktor muzik Datuk Ramli MS mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Alyah atau Noor Hasliah Abu Hassan, 34, berkata, salah faham yang berlaku ekoran muat naik gambar itu sudah diselesaikan kelmarin. Justeru, katanya, dia enggan bercerita lagi mengenai isu yang sama.

“Saya anggap ini satu dugaan besar. Mungkin Allah bagi dugaan ini untuk saya belajar daripada apa sekali pun yang pernah saya buat.

“Sekarang saya tak nak fikir apa-apa lagi mengenai itu. Saya hanya memberikan tumpuan pada persiapan AJL (Anugerah Juara Lagu ke-29) Ahad ini,” katanya dalam mesej WhatsApp, semalam.

Kekecohan perkahwinan Alyah dan Ramli atau Ramli Mohammed Salleh, 55, timbul kelmarin apabila penyanyi itu mencetuskan tanda tanya selepas memuat naik gambar Ramli bersama seorang wanita dalam Instagram miliknya.

Gambar itu dimuat naik berserta status memberikan gambaran dirinya teraniaya dan diperdaya suaminya sendiri. Malah, Alyah terkilan selepas berkorban pelbagai perkara dalam perkahwinan mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 13, 2015 @ 7:21am
d