mutakhir

Dakwa tak masuk perairan Indonesia

Oleh Mohd Shukor Amin

Sekinchan: Pemilik sebuah bot nelayan yang diletupkan pihak berkuasa Indonesia pada 8 Januari lalu kerana didakwa menangkap ikan di perairan negara berkenaan mendesak kerajaan Malaysia menyiasat kejadian itu.

Ini kerana tindakan pihak berkuasa negara itu meletupkan bot itu tidak wajar memandangkan ia dikatakan tidak langsung memasuki perairan negara berkenaan.

Pemiliknya, Heng Hui Teck, 33, berkata, beliau meminta bantuan rakannya untuk mengesan kedudukan bot miliknya itu menggunakan sistem pemantauan bot (VMS) dan yakin bot itu tidak menangkap ikan di luar perairan Malaysia.

“Saya yakin bot nelayan saya tidak menyeberangi sempadan ke Indonesia dan kotak hitam yang saya pasang pada bot itu sepatutnya mempunyai bukti itu,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media itu di Pusat Khidmat ADUN Sekinchan.

Menurutnya, berikutan tindakan meletupkan botnya itu, dia masih lagi menanggung hutang pembelian bot berkenaan yang mencecah RM200,000.

Tambahnya, tiada seorang pun wakil kerajaan Malaysia dan Indonesia yang menghubunginya mengenai perkara itu walaupun sudah membuat laporan polis di Balai Polis Hutan Melintang, Perak, sehari selepas bot itu dirampas pada 9 Disember lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 14, 2015 @ 7:59am
d