mutakhir

Belum ada mahu tampil

Oleh Muhammad Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) masih belum menerima sebarang maklum balas daripada beberapa remaja perempuan bertudung yang melakukan aksi tidak senonoh ketika konsert kumpulan K-Pop, B1A4, yang diadakan Sabtu lalu.

Sumber jabatan berkenaan menyatakan bahawa pihaknya masih menunggu beberapa remaja perempuan itu tampil untuk memberi keterangan sekali gus memudahkan siasatan dilaksanakan.

“Sehingga hari ini (semalam), kita masih tidak menerima sebarang maklum balas daripada mereka. Bagaimanapun, kita akan memberi mereka masa selama beberapa hari lagi sebelum tindakan susulan diambil.

“Kami menasihatkan mereka supaya tampil memberi keterangan secepat mungkin dan isu kontroversi konsert itu dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau juga turut mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung beberapa remaja perempuan berkenaan supaya menyalurkannya kepada JAWI sekali gus membantu jabatan berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 15, 2015 @ 7:47am
d