mutakhir

9 didakwa sebabkan kematian

Oleh Salman Hamat

Bukit Mertajam: Sembilan warga Myanmar yang juga suspek kes pembunuhan kejam dengan memotong dan membuang anggota badan mangsa, dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Sesyen di sini, semalam.

Tertuduh, Bilal Mohamad Ghulam, Mohamad Rafik, Habibullah, Mohd Rafi, Yassin, Husin, Soe Maung Maung, Ali dan Hafiz Ahmad yang berusia antara 22 dan 44 tahun, dikawal ketat pihak polis ketika dibawa untuk proses pertuduhan itu.

Mereka dituduh terbabit dengan pembunuhan lima lelaki warga Myanmar pada September, Oktober dan November tahun lalu.

Di Mahkamah Majistret, semua mereka dituduh di hadapan Majistret Dianne Ningrad Nor Azhar kerana menyebabkan kematian Myo Aung dan seorang lagi mangsa yang tidak dikenal pasti identitinya.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah bernombor 5775 PBA-R Kampung Pisang, Cheruk Tok Kun, antara jam 8 hingga 9.30 malam pada 23 November tahun lalu. Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendawa Raya Kamaliza Md Zain.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 15, 2015 @ 8:01am
d