mutakhir

Tiga daerah terjejas banjir

Oleh Erdiehazzuan Ab Wahid dan Hazsyah Abdul Rahman

Kota Kinabalu: Lebih 15,000 penduduk di tiga daerah di Sabah terjejas akibat banjir kilat yang melanda selepas hujan lebat berterusan sejak malam kelmarin.

Berikutan banjir itu, beberapa laluan di tiga daerah iaitu di Sandakan, Kudat dan Pitas turut terputus hubungan selepas air mula naik menyebabkan ribuan kenderaan terkandas di jalan raya.

Selain itu, beberapa kejadian pokok tumbang dan rumah roboh turut dilaporkan, namun tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Haikal Jammy Ngali Abdullah berkata, seramai 12 orang dari tiga keluarga dipindahkan selepas rumah mereka dinaiki banjir kilat di Simpang Sungai Manila, Batu 12, semalam.

Katanya, semua mangsa yang dipindahkan ke rumah saudara terdekat adalah terdiri daripada lima dewasa, empat warga emas, dua kanak-kanak dan seorang bayi.

“Pihak bomba akan terus membuat pemantauan di beberapa kawasan di daerah ini yang dinaiki banjir kilat dan memindahkan mangsa ke tempat selamat,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 15, 2015 @ 8:07am
d