mutakhir

Tahfiz cilik ikutan terbaik

Oleh Mohd Sah Muda dan Redzuan Muharam

Mersing: Usia Haikal Firdaus Mohd Jaafarudin baru mencecah sembilan tahun, namun rasa cintanya kepada Islam terlalu mendalam hingga mampu mengumpul wang sendiri untuk merealisasikan hasrat menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah.

Melalui kehebatannya khatam al-Quran sejak berusia empat tahun, dia dapat mengumpul wang daripada hasil kemenangan di pelbagai pertandingan hafazan dan sebagai tetamu undangan ke majlis seperti Maulidur Rasul dan Maal Hijrah.

Hafiz cilik itu boleh dijadikan contoh dan ikutan terbaik kerana terlalu mencintai al-Quran yang sentiasa dibawa dan dibacanya setiap hari dengan neneknya Asmah Jusoh, 56.

Haikal yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Lipat, Endau, di sini, kini tinggal bersama nenek dan datuknya, Mohd Nasir Mohd Din, 57, di Kampung Belukar Juling sejak berusia setahun enam bulan.

Menurutnya, dia mula membaca al-Quran sejak berusia empat tahun dengan dibimbing sepenuhnya oleh nenek.

“Saya bangun seawal jam 5 pagi setiap hari untuk mengaji dan kebiasaannya akan menghabiskan satu juzuk sebelum solat Subuh. Saya kemudian akan ke sekolah dan mengaji semula selepas menyiapkan kerja sekolah pada waktu malam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 15, 2015 @ 8:28am
d