mutakhir

Umum pakej bantuan

Kuala Lumpur: “Saya akan buat pengumuman pakej menyeluruh bagaimana untuk membantu mangsa banjir termasuk peniaga pada Selasa ini,” kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, turut akan diumumkan ialah dasar kerajaan menghadapi cabaran 2015.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya merasmikan Menara Kembar Bank Rakyat, di sini, semalam.

Rabu lalu, Najib tidak menolak kebarangkalian Bajet 2015 yang memperuntukkan RM273.9 bilion akan distruktur semula.

Ia berikutan beberapa keperluan penting di luar jangkaan termasuk banjir melanda negeri di pantai timur dan kejatuhan mendadak harga minyak dunia.

Disiarkan pada: January 16, 2015 @ 5:17am
d