mutakhir

'Abah tak pernah ajar menoreh'

Oleh Ikram Ismail

Kuala Lumpur: Daripada seorang kanak-kanak nakal, malah dia juga pernah hampir lemas dalam paya, siapa sangka anak peneroka FELDA ini kini bergelar pengurus besar di syarikat milik tanah rancangan berkenaan.

Seperti kanak-kanak lain yang tinggal di FELDA pada era 1980-an, kehidupan Shahril Ibrahim penuh dengan kenakalan dan sukar mendengar nasihat ibu dan bapanya.

Shahril, 38, adalah generasi ketiga FELDA dan mengakui membesar di FELDA Pemanis, Segamat, Johor ketika itu dalam keadaan serba kekurangan dan ibu bapanya hanya mampu menyediakan keperluan keluarga sekadar termampu.

Ketika itu, kedua-dua ibu bapanya Ibrahim Haron dan Zariah A Kadir yang juga peneroka generasi kedua FELDA mengambil upah menoreh getah untuk membesarkan Shahril dan tiga adik-beradik lain disebabkan pokok getah ditanam belum matang.

Shahril yang kini menjawat Pengurus Besar Bahagian Kewangan FELDA Global Venture Plantation (FGV) Sdn Bhd berkata, selepas kejadian dia hampir lemas di paya, ibu dan bapanya langsung tidak membenarkan dia dan adiknya bermain di kawasan itu.

“Aktiviti kami juga dipantau dan itu membuatkan kami adik-beradik patuh pada kata mereka serta menjadikan saya dan adik-beradik berjaya di dalam kehidupan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Jalan Gurney, di sini.

Bercerita lanjut, Shahril berkata, ibu bapanya amat mementingkan akademik anak dan sanggup berhabis duit demi kesempurnaan mereka di sekolah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 17, 2015 @ 5:19am
d