mutakhir

Pengalaman ngeri

Oleh Ismail Muhamad

Kota Bharu: Nyaris diragut antara pengalaman tidak dapat dilupakan warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood, 69, ketika menamatkan misi kayuhan berbasikal selama 49 hari di lima negara Asia Tenggara dan Malaysia, semalam.

Datuk kepada 19 cucu dari Jalan Telipot, di sini, berkata, dia hampir diragut seorang lelaki bermotosikal ketika berkayuh seorang diri di kawasan kira-kira empat kilometer dari bandar Slim River, Perak, 3 Januari lalu.

Wan Hashim berkata, kejadian berlaku pada jam 4.30 petang apabila seorang lelaki tiba-tiba menghampiri dan menarik bahagian belakangnya dan menolaknya sehingga jatuh dari basikal dan luka di lutut kiri.

“Syukur kerana peragut lelaki itu tidak mengambil barang milik saya, sebaliknya melarikan diri sebaik melihat saya segera bangun.

“Mungkin peragut lelaki itu bimbang dengan tindak balas saya menyebabkan dia melarikan diri.

“Saya tidak membuat laporan polis mengenai kejadian itu kerana tidak kehilangan barang, sebaliknya hanya luka kecil,” katanya pada sidang media selepas menamatkan misi kayuhan berbasikal ke Vietnam, Kemboja, Thailand, Singapura dan Riau, Indonesia serta jelajah negara ini sejauh 5,319 kilometer (km), di sini, semalam.

Sebelum itu, Wan Hashim disambut ibunya, Hasmah Ahmad, 84, bersama isteri, Faridah Daud, 63, serta ahli keluarga terdekat sebaik tiba di garisan penamat di Jalan Mahmood, dekat sini, pada jam 12.15 tengah ha

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 18, 2015 @ 5:17am
d