mutakhir

Bina 1,536 unit rumah

Oleh Muhammad Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Kerajaan akan membina sebanyak 1,536 unit rumah di bawah projek pembangunan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di Bukit Jalil dan ia dijangka siap sepenuhnya menjelang 2018.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, projek berkenaan akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh terdekat dan ia sejajar dengan usaha kerajaan untuk meringankan beban penjawat awam.

“Rumah berkenaan yang berkeluasan antara 1,000 kaki persegi (92 meter persegi) sehingga 1,400 kaki persegi (130 meter persegi) akan dijual dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu milik bagi penjawat awam.

“Saya difahamkan harga bagi rumah itu sekitar RM150,000 sehingga RM300,000 mengikut keluasan dan ia adalah satu kadar yang sangat baik,” katanya selepas majlis pelancaran Parkhill Residence, di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan Pengerusi Aset Kayamas Sdn Bhd Tan Sri Chai Kin King.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 18, 2015 @ 5:18am
d