mutakhir

Pantai barat bakal dilanda ribut petir

Kuala Lumpur: Fenomena ribut petir dijangka melanda negeri di pantai barat Semenanjung bermula April ini sebagai penanda berakhirnya musim tengkujuh yang melanda sejak akhir tahun lalu.

Ini berikutan berlakunya musim peralihan monsun yang akan mengakibatkan beberapa kejadian banjir kilat saja berikutan keadaan hujan yang tidak berterusan di Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Datuk Che Gayah Ismail berkata, banjir kilat yang diramal itu boleh menumbangkan pokok di kawasan yang terbabit.

“Bagaimanapun, ia hanya berlanjutan kira-kira sebulan berikutan penyusulan monsun barat daya yang lazimnya bermula pada Mei.

“Monsun barat daya inilah yang dikatakan sebagai musim kering di Malaysia dan berlarutan sehingga September.

“Walaupun musim kering, negara yang terletak di kawasan tropika masih mendapat hujan tetapi secara relatifnya hujan kurang berbanding musim lain,” katanya.

Disiarkan pada: January 20, 2015 @ 7:57am
d