mutakhir

Risiko sebar virus bahaya

Kuala Lumpur: “Rawatan oleh pengamal pergigian haram berisiko besar menyebabkan berlaku pemindahan virus penyakit seperti AIDS dan hepatitis B,” jelas Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia(MDA) Dr Teh Tat Beng.

Menurutnya, orang ramai dinasihati tidak mudah tertipu dengan harga murah ditawarkan kerana bahan serta peralatan pergigian digunakan [doktor’ haram ini tidak diiktiraf, malah membahayakan.

“Setiap permasalahan perlu dirujuk kepada doktor gigi berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia serta mendapatkan rawatan di klinik pergigian sah.

“Di klinik yang sah, doktor gigi akan melakukan pemeriksaan awal sebelum sebarang prosedur rawatan boleh dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, perkhidmatan ‘doktor gigi’ jalanan tidak memiliki peralatan lengkap seterusnya berisiko berlaku masalah seperti pendarahan yang banyak.

Disiarkan pada: January 22, 2015 @ 9:23am
d