mutakhir

PM doa Nik Aziz sembuh

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mendoakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat segera sembuh selepas mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di Kelantan sejak kelmarin.

“Semoga Datuk Nik Abdul Aziz dikurniakan kesihatan oleh Allah SWT dan cepat sembuh dan diberi sebaik kesihatan oleh Allah SWT,” katanya di dalam catatan terbaru di laman Facebook dan Twitter.

Nik Abdul Aziz, 84, dimasukkan ke HUSM berikutan tahap kesihatannya yang menurun sejak banjir besar melanda Kelantan bulan lepas, selain menghidap kanser prostat.

Anak lelakinya Nik Mohamad Abduh berkata, ayahandanya itu dilaporkan stabil dan menunjukkan reaksi lebih baik serta semakin positif terhadap semua rawatan yang diberikan.

Nik Abdul Aziz, yang menjadi menteri besar Kelantan sejak 1990, menyerahkan jawatan itu kepada timbalannya Datuk Ahmad Yakob selepas berakhirnya pilihan raya umum ke-13 pada 2013.
– BERNAMA

Disiarkan pada: January 22, 2015 @ 10:05am
d