mutakhir

Nyaris maut rentung

Muar: Tindakan pantas seorang lelaki memberhentikan kereta Proton Iswara di tepi jalan selepas kenderaan itu berasap berjaya menyelamatkan dirinya daripada terperangkap dalam kenderaan itu yang hangus dalam kebakaran, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi di Kilometer 7, Jalan Bakri berhampiran Pejabat Kastam Diraja Malaysia Muar, di sini, Tan Hup Leong, 30, yang memandu seorang diri mendapati secara tiba-tiba asap berkepul-kepul keluar dari bahagian enjinnya sebelum keluar menyelamatkan diri.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Muar Razali Ismail ketika dihubungi Harian Metro semalam mengesahkan kejadian.

Disiarkan pada: January 23, 2015 @ 8:59am
d