mutakhir

Stail macam 'Elvis'

Oleh Muhammad Shalaby Shahbuddin

Seberang Jaya: Pemilihan gaya rambut yang bersesuaian mampu merubah imej serta menaikkan seri wajah supaya kelihatan segak dan menarik mata memandang.

Lebih menarik jika fesyen yang dipilih bukan saja bergaya, malah bersesuaian dengan trend semasa.

Bagi mengikut gaya rambut trend terkini itu, anak muda kelahiran Pulau Pinang, Azwan Alis, 25, berkongsi dengan Firdaus Mohsin, 31, membuka sebuah kedai gunting rambut dinamakan Lanskey Barber Shop yang terletak di Lebuh Tuna, Seberang Jaya yang menggayakan rambut fesyen ‘pompadour’.

Lanskey Barber Shop khusus serta menggayakan rambut pelanggan di kedainya dengan gaya pompadour yang popular pada tahun 1960 dan bermula dari gaya Elvis Presley ketika era itu.

Gaya rambut pompadour ini kelihatan kemas dan sesuai untuk digayakan semua peringkat umur.

Ia kurang sesuai jika menggunakan minyak rambut atau gel biasa, sebaliknya perlu menggunakan sejenis minyak rambut klasik jenis ‘pomade’.

Azwan berkata, bagi menggayakan rambut fesyen berkenaan, dia menggunakan sejenis pomade jenama tertentu kerana ia jenama pilihan yang terbaik berbanding wax atau gel biasa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 24, 2015 @ 5:44am
d