mutakhir

Dua maut motor tembung

Shah Alam: Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Banting Pandamaran berhadapan Klinik 1Malaysia jam 11.30 malam kelmarin.

Penunggang yang maut dikenali Muhd Azamuddin Kudong, 18, dari Kampung Delek dekat sini dan Lim Soon Huat, 28, dari Jalan Sijangkang, Pandamaran.

Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan Deputi Superintendan Rosly Abdul Rahman berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang Muhd Azamuddin dari arah Banting gagal memotong kereta sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan motosikal ditunggang Lim yang datang dari arah bertentangan.

Katanya, Muhd Azamuddin yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC maut di tempat kejadian manakala Lim yang menunggang Modenas meninggal dunia jam 4.30 pagi semalam ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Menurutnya, kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja masing-masing.

Katanya, Muhd Azamuddin bekerja sebagai pengawal keselamatan di kolej swasta berhampiran manakala Lim bekerja di Meru.

“Berdasarkan laporan bedah siasat terhadap Muhd Azamuddin mendapati mangsa parah di kepala dan tengkuk manakala laporan bedah siasat seorang lagi mangsa belum diperoleh,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.

Disiarkan pada: January 25, 2015 @ 9:07am
d