mutakhir

Tak wajar ketepi syarak

Kuantan: “Islam tidak melarang ibu bapa merotan anak demi kebaikan, selagi ia masih memenuhi syarat yang ditetapkan,” kata Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Othman berhubung cadangan menghukum ibu bapa yang bertindak merotan anak masing-masing.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya mengkaji terlebih dulu cadangan berkenaan jika diyakini pelaksanaannya memberi impak positif dalam mendidik generasi muda.

Katanya, kerajaan tidak wajar mengenepikan hukum syarak dalam mewujudkan hukuman itu yang dibuat menerusi penggubalan akta baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001.

“Mengikut hukum syarak, Nabi Muhammad sendiri pernah bersabda bahawa ibu bapa boleh merotan anak mereka mengikut syarat yang ditetapkan iaitu berusia 10 tahun ke atas, selepas melalui proses nasihat dan tidak sehingga mencederakannya.

“Kalau hendak rotan untuk mendidik anak ke arah kebaikan boleh, tetapi biarlah tidak memudaratkanhingga mencederakan kanak-kanak itu atau dirotan mengikut nafsu.

“Syarat sudah ada...bukannya merotan sesuka hati. Contohnya kita mesti mengajar serta nasihat anak supaya solat pada peringkat kanak-kanak dan kalau tidak ikut barulah boleh rotan hanya pada anggota badan tertentu saja,” katanya.

Disiarkan pada: January 26, 2015 @ 7:32am
d