mutakhir

RM35j untuk Selangor

Kajang: Kerajaan menyalurkan peruntukan lebih RM35 juta kepada kerajaan negeri Selangor untuk pembayaran imbuhan imam, guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir serta Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD), tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada peruntukan kerajaan persekutuan sebanyak RM468 juta untuk aktiviti memakmurkan masjid dan Pendidikan Islam ke seluruh negara.

Katanya, peruntukan yang disalurkan kepada kerajaan negeri Selangor itu adalah bagi membayar imbuhan kepada 2,750 guru KAFA, 713 iman, 142 guru takmir dan lapan orang PPMD.

“Dengan peruntukkan terbabit, kerajaan berharap masjid di negeri Selangor terus diperkasakan sebagai pusat penyatuan ummah dan pusat pendidikan sepanjang hayat.

“Apa yang penting, mimbar khutbah perlu digunakan dengan sebaiknya dan jangan campur adukkan dengan politik atau dijadikan alat bagi penyebaran ideologi tertentu,” katanya.

Disiarkan pada: January 30, 2015 @ 8:42am
d