mutakhir

Najib ziarah Nik Aziz

Kota Bharu: “Marilah kita semua berdoa kepada Allah SWT semoga beliau (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) cepat pulih,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib berkata demikian dalam Twitternya selepas menziarahi Mursyidul Am PAS di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, semalam.

Beliau sebelum itu berada di Kuala Krai melancarkan projek pembinaan rumah kekal untuk mangsa banjir dan program fasa bantuan kekal yang berkuat kuasa, semalam.

Pemimpin nombor satu negara itu meluangkan masa beberapa minit melawat Nik Abdul Aziz yang dimasukkan ke HUSM sejak lebih dua minggu lalu kerana kanser prostat.

Disiarkan pada: January 30, 2015 @ 10:30am
d