mutakhir

RM2 juta bina Masjid Kuala Pertang

Kuala Krai: Selain rumah kekal, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut mengumumkan pemberian peruntukan RM2 juta untuk membina semula Masjid Kuala Pertang, di sini, yang rosak teruk akibat banjir.

“Masjid ini disebut ketika mula-mula saya tiba di Kuala Krai (dalam rangka lawatan Disember lalu). Ia musnah sama sekali dan langsung tidak boleh digunakan.

“Jadi, RM2 juta diperuntukkan untuk membina semula masjid ini dan cek juga sudah disediakan,” katanya pada Majlis Pelancaran Fasa Bantuan Kekal di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru, di sini, semalam.

Najib juga berkata, 10 imam dan pemimpin tempatan di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Kuala Krai akan disenaraikan dalam program naik haji tahun ini anjuran Yayasan 1MDB.

Katanya, pemilihan itu atas pertimbangan khas dibuat beliau bersama yayasan.

Selain itu, RM40 juta diperuntukkan Biro Kebajikan UMNO Malaysia untuk memberi 11 jenis barang keperluan kepada 50,000 keluarga terbabit banjir di Kelantan.

Beliau gembira apabila dimaklumkan Tabung Ihsan Pemulihan Masjid Banjir Kelantan kelolaan Biro Agama UMNO Kelantan dilancarkan minggu lalu mengutip RM3 juta, malah ada pihak menyatakan komitmen menyumbang RM4 juta lagi.

Disiarkan pada: January 30, 2015 @ 10:46am
d