mutakhir

Pak Cik Paling Atas

Oleh Yusmawati Mhd Yusof

Jasin: Apabila menyebut nama Husein Salleh mungkin tidak ramai dalam kalangan pelanggan mengingatinya, namun jika disebut ‘Pak Cik Paling Atas’ sudah pasti mereka terus terbayang keunikan pelbagai reka bentuk songkok dihasilkan lelaki berkenaan.

Bapa kepada tiga cahaya mata berusia 54 tahun dari Batu Gajah, Merlimau di sini, mendapat jolokan itu sempena nama syarikat menghasilkan pelbagai jenis songkok yang ditubuhkannya kira-kira 14 tahun lalu iaitu, Paling Atas Enterprise.

Tidak hanya terhad kepada reka bentuk songkok tradisional, Husein yang mengusahakan syarikat itu bersama isterinya Nor Hayati Saleh, 50, sentiasa mengikuti kehendak pelanggan dalam menghasilkan pelbagai reka bentuk songkok setiap tahun.

“Pada mulanya pelanggan berasakan saya dan isteri bergurau apabila menyebut nama syarikat kami kerana keunikannya, namun lama-kelamaan ia menjadi sebutan dalam kalangan mereka terutamanya pada setiap pameran kraftangan disertai sehinggakan mereka memanggil saya ‘Pak Cik Paling Atas’.

“Kebanyakan pelanggan mengenali songkok Paling Atas disebabkan keunikan pelbagai reka bentuk yang ditawarkan.

“Bagi memenuhi kehendak pelanggan dan mengikuti perkembangan semasa, setiap tahun kami akan menghasilkan lima reka bentuk songkok baharu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Merlimau, di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: January 31, 2015 @ 5:28am
d